Monday, March 19, 2012

Analisa

Bukan aku lupakan blog ini. Tidak.

Namun, aku sibuk.

Selesai ini, aku akan mencipta blog baru, tapi nanti.

Blog ilmiah.

Tuesday, October 4, 2011

Ya Rabb, Makbulkan Doa Kami

Ya Allah, Tuhan sekalian alam; Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Rabb-ku, diri ini banyak berdosa, banyak silap dan salah, selalu sahaja terlupa.

Namun, janganlah Engkau menghukum diri ini, tidak mampu rasanya memikul hukuman dan azab-Mu, ya Allah.

Diri ini sedang gundah, sedang mengalami gejolak emosi, ya Allah. Diri ini tidak mampu untuk fokus, tidak mampu untuk melihat dunia seperti dahulu. Ya Allah, hindari permasalahan yang sedang bermain dalam fikiran ini.

Rabb-ku, makbulkanlah doa-doa kami, doa ibu bapa kami, doa guru-guru kami, dan doa hamba-hamba yang lemah di atas muka dunia ini. Makbulkanlah, ya Wahhab.

Ameen, Ya Rabb.
Nota: Rakan-rakan, marilah kita bersama-sama meng-ameen-kan doa ini. Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita, dan memudahkan segala urusan kita. Sesungguhnya Dia-lah Ar-Rahman, Dia-lah Ar-Rahim.

Wednesday, September 28, 2011

Takdir: Penulisan dan Makanan

Penulisan. Makanan. Kisah silam yang memusarkan pahit manis.

Kedua-duanya merupakan skandal hati dahulu yang telah lama diri ini tinggalkan. Namun, seolah-olah Dia ingin menyemarakkan cinta silam; pastinya Dia mempunyai perancangan; Dia-lah Al-'Alim.

Penulisan. Makanan. Kini takdir seperti ingin memusarkan semula pahit manis itu.